Saturday, November 21, 2009

orang biasa basikal tua

salam aidiladha

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi diberikan kesempatan utk meluangkan masa disini.. bagaimana suasana di kg anda?? masih ramaikah yg berbasikal tua ke hulu ke hilir dgn senyuman manis?? suasana berbasikal disini semakin suram.. kata orang seperti hangat-hangat tahi ayam.. walau apapun tahniah kpd anda yg masih memiliki basikal tua.. jgn lah dijual walaupun ada yg mahu membeli.. ramai lg yg mahu memilikinya walaupun mencari hingga ke negeri orang.. salam aidiladha dari kami kelab basikal tua sijangkang

foto-foto lama




foto-foto lama





Saturday, August 15, 2009

gambar bersama ahli


Orang lama yang banyak meluangkan masa untuk kelab basikal tua rockseven. Tanpa kalian semua mungkin kelab ini telah menyepi. Di sebelah kanan saya ialah Cik Atol dan dikiri saya ialah Cik Ogek. Mereka inilah yang banyak memberi sokongan membina kepada kelab.Ramai lagi ahli dalam kelab ini yang tidak ada gambarnya diantaranya saudara Ainizam, Cik Amat, Abah (Hanifah),Chabak, Paun(Popia Ronda) dan Tuan Pengerusi kami Tuan Haji Halil.Ribuan terima kasih dari saya sebagai anak dan adik kalian.

Thursday, March 19, 2009

NUKILAN DARI SANG PUJANGGA


Salam sejahtera kepada semua peminat-peminat basikal tua seluruh Malaysia.Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kerana sudi memberi tunjuk ajar kepada kelab kami ini.Terlalu banyak untuk diceritakan mengenai pengalaman berbasikal tua ini.Sepanjang tempoh untuk mengenali dan mendalami mengenai basikal tua banyak perkara yang kami perolehi dan tempuhi.Kami berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat kami untuk menubuhkan Kelab Basikal Tua Sijangkang "ROCK 7".Di sini saya akan paparkan foto-foto dan juga cerita suka duka kami sepanjang perjalanan mencari keindahan khazanah alam....
Daripada,
Hairulfahmi Bin Misro
Kelab Basikal Tua Sijangkang "ROCK 7"